
1 / 10
Luar Negara
9H7M Turkiye + Mt. Erciyes - Penerbangan Terus TK
- 9 hari, 7 malam
- Bilik twin, triple atau single
- Pakej berlesen MOTAC
Tentang pakej ini
Pakej percutian 9 Hari 7 Malam ini menawarkan pengembaraan eksklusif dan mesra Muslim ke Turkiye menaiki penerbangan terus Turkish Airlines. Rombongan akan menjelajah kota-kota sarat sejarah dan landskap alam semula jadi yang luar biasa merangkumi Istanbul, Ankara, Mt. Erciyes, Cappadocia, Konya, Pamukkale, dan Bursa. Antara pengalaman menarik termasuklah melawat keajaiban monumen Uthmaniyyah dan Byzantine, merasai pengalaman salji di Mt. Erciyes, meneroka kota bawah tanah purba di Cappadocia, serta menyusuri perairan dua benua menaiki Bosphorus Cruise.
Tarikan utama
- Bosphorus Cruise: Menaiki kapal persiaran persendirian menyusuri sepanjang Selat Bosphorus untuk melihat tarikan bersejarah di sepanjang tebing sebelah Eropah dan Asia.
- Hagia Sofia Grand Mosque: Sebuah gereja pada kurun ke-5 yang ditukar menjadi masjid selepas penaklukan Constantinople.
- Blue Mosque: Masjid empayar bersejarah era Uthmaniyyah di Istanbul yang menjadi ikon dengan enam menara, kubah besar, dan seni bina menakjubkan dari gabungan budaya Byzantine dan Uthmaniyyah.
- Uchisar Castle: Keunikan rumah batu ala The Flintstones di Cappadocia yang menjadi penempatan dan kota pertahanan penduduk sejak kurun ke-12.
- Ancient Hierapolis City: Kota lama peninggalan zaman Greek dari awal kurun ke-2 dengan binaan yang masih utuh seperti Frontinus Gate, The Great Baths, Theatre, Temple of Apollo, dan Cleopatra's Pool.
Termasuk dalam pakej
- Tiket penerbangan antarabangsa kelas ekonomi berserta surcaj minyak dan cukai penerbangan. Penginapan hotel bertaraf 4 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
- (B/L/D) di sepanjang lawatan mengikut atur cara.
- Tiket masuk ke tempat lawatan: Underground City dan Ancient Hierapolis City.
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Pengangkutan bot persiaran Bosphorus Cruise.
- Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong profesional.
- Tip untuk pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
Tidak termasuk
- Tiket masuk ke Topkapi Palace Museum dan tiket masuk lawatan lain yang tidak dinyatakan.
- Aktiviti atau lawatan tambahan yang tidak terdapat dalam atur cara.
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, musim puncak, dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, bar mini, dobi, dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan, dan tempat lawatan selain daripada yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan untuk lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara-perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam atur cara program dan pakej.
Itinerari
- Hari 1
Kuala Lumpur - Istanbul (Makan Malam)
Peserta berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan terus Turkish Airlines (TK 63) ke Istanbul. Selepas tiba, peserta akan mendaftar masuk dan bermalam di Istanbul.
- Hari 2
Istanbul - Ankara (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)
Lawatan di Istanbul dimulakan dengan bergambar di istana kediaman Uthmaniyyah, Topkapi Palace. Seterusnya melawat Hagia Sofia Grand Mosque, Hippodrome (gelanggang lumba kereta kuda zaman Byzantine), dan masjid ikonik Blue Mosque. Peserta kemudian bertolak dan bermalam di Ankara.
- Hari 3
Ankara - Mt. Erciyes - Cappadocia (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)
Di Ankara, peserta melawat kompleks Mosaleum Ataturk dan Haci Bayram Square yang menempatkan Haci Bayram Mosque dan runtuhan Temple of Augustus. Perjalanan diteruskan ke Mt. Erciyes Ski Resort, di mana tiket cable car disertakan untuk menikmati masa bebas bermain salji atau belajar bermain ski. Bermalam di Cappadocia.
- Hari 4
Cappadocia (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)
Menghayati panorama indah lembah gunung berbatu di Goreme, Pigeon, dan Devrent Valleys. Seterusnya menerokai Underground City (kota bawah tanah yang pernah didiami 15,000 orang), serta melihat rumah batu Uchisar Castle. Peserta juga akan melawat Avanos Pottery & Art Center, kilang batu permata Turquoise & Onyx, dan kilang tradisional Carpet Factory. Bermalam di Cappadocia.
- Hari 5
Cappadocia - Konya - Pamukkale (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)
Melawat Ancient Caravanserai, bekas hotel saudagar Silk Road berusia lebih 700 tahun. Bertolak ke Konya untuk melawat Mevlana Museum dan mempelajari sejarah golongan sufi sunni serta upacara Whirling Dervish. Bermalam di Pamukkale.
- Hari 6
Bursa (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)
Eksplorasi di Pamukkale merangkumi kota purba Greek Ancient Hierapolis City, dan teres kolam air panas berwarna putih di Cotton Castle di mana peserta boleh berendam kaki. Beli-belah di Cotton Textile Factory Outlet sebelum meneruskan perjalanan dan bermalam di Bursa.
- Hari 7
Bursa - Istanbul (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)
Membeli-belah bahan masakan di Turkish Delight & Oil Shop. Lawatan bersejarah di Bursa meliputi Ulu Camii Mosque (1399), pasar sutera Koza Han, Green Mosque, Green Tomb, dan perkampungan era 1300-an iaitu Cumalizilik Village. Rombongan kembali ke Istanbul untuk membeli-belah di Leather Shop Outlet dan Grand Bazaar yang megah dengan lebih 4,000 kedai. Bermalam di Istanbul.
- Hari 8
Istanbul (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari)
Menyusuri perairan Eropah dan Asia menerusi Bosphorus Cruise, menyaksikan kota pertahanan Rumelihisari, Anadoluhisari, Dolmabahce Palace, dan Ortakoy Mosque. Peserta membuat belian terakhir rempah-ratus di Spice Bazaar (sejak 1660). Bertolak ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan Turkish Airlines (TK 62) pulang ke Kuala Lumpur.
- Hari 9
Istanbul - Kuala Lumpur
Tiba dengan selamat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.
Harga seorang
| Jenis | Harga |
|---|---|
| Dewasa Twin2 dewasa sebilik | RM 5,990 |
| Dewasa Triple3 dewasa sebilik | RM 5,990 |
| Single1 dewasa, bilik sendiri | RM 6,990 |
| Kanak-kanak TwinSebilik dengan 1 dewasa | RM 5,990 |
| Kanak-kanak dengan katilKatil tambahan, sebilik dengan 2 dewasa | RM 5,690 |
| Kanak-kanak tanpa katilTiada katil sendiri, sebilik dengan 2 dewasa | RM 5,391 |
| Bayi0–2 tahun | RM 400 |
Harga termasuk tiket penerbangan. Oleh kerana tambang penerbangan sentiasa berubah, ini ialah harga permulaan — kami akan mengesahkan harga akhir apabila anda menghubungi kami.
Borang Tempahan
Isi borang ini untuk menempah tempat. Tiada bayaran dikenakan sehingga tempahan anda disahkan oleh pasukan kami.









