Langkau ke kandungan
Moghul Travel & Tours Sdn Bhd
8H 6M - Uzbekistan 4 Kota — gambar 1 daripada 10

1 / 10

Luar Negara

8H 6M - Uzbekistan 4 Kota

  • 8 hari, 6 malam
  • Bilik twin, triple atau single
  • Pakej berlesen MOTAC

Tentang pakej ini

Pakej percutian 8 Hari 6 Malam ini membawa anda menyelusuri sejarah Laluan Sutera dengan melawat 4 buah kota utama di Uzbekistan iaitu Urgench, Khiva, Bukhara, Samarkand, serta singgah di Gijduvan, ibu kota Tashkent, dan kawasan pergunungan Chimgan Mountains. Anda berpeluang melihat secara dekat kota purba Ichan-Qala yang berusia lebih 2,000 tahun dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia sejak tahun 1998, mengagumi monumen-monumen agung tamadun Islam, serta merasai keseimbangan antara warisan kuno dan tarikan moden Uzbekistan.

Tarikan utama

  • Registan Square
  • Kompleks Imam Al-Bukhari
  • Siab Bazaar
  • Tashkent Magic City

Termasuk dalam pakej

  • Tiket penerbangan antarabangsa kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan
  • Tiket penerbangan domestik kelas ekonomi berserta surcaj minyak dan cukai
  • Tiket perkhidmatan kereta api dari Samarkand ke Tashkent
  • Pas untuk menaiki kereta kabel (cable car) di pergunungan Chimgan Mountains
  • Penginapan hotel bertaraf 3 bintang selama 6 malam
  • Hidangan sarapan pagi di hotel, makan tengah hari, dan makan malam mengikut atur cara
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa di sepanjang lawatan
  • Perkhidmatan ketua rombongan (tour leader) serta pemandu pelancong profesional
  • Bayaran tip untuk pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran

Tidak termasuk

  • Insurans perjalanan peribadi
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, musim puncak, dan cuti sekolah
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, bar mini, dobi, dan porter
  • Makanan dan minuman tambahan serta tiket masuk ke tempat lawatan selain dari yang dinyatakan
  • Bayaran tambahan untuk lebihan had bagasi penerbangan
  • Perkara-perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam atur cara atau senarai pakej termasuk

Itinerari

  1. Hari 1

    Kuala Lumpur - Tashkent - Urgench - Khiva

    Peserta akan berkumpul di KLIA 1 untuk menaiki penerbangan antarabangsa terus menuju ke Tashkent. Selepas itu, peserta akan menyambung perjalanan menaiki penerbangan domestik dari Tashkent ke Urgench. Rombongan kemudiannya mendaftar masuk dan bermalam di Khiva.

  2. Hari 2

    Lawatan di Khiva (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Menerokai Ichan-Qala, sebuah 'kota dalam kota' yang dikelilingi dinding bata setinggi 10 meter yang dahulunya merupakan tempat persinggahan pedagang menuju ke Iran. Seterusnya melawat Kunya-Ark Fortress, sebuah kubu lama abad ke-12 dan kediaman pemerintah Khiva yang menempatkan Summer Mosque, Dewan Takhta, dan The Harem. Peserta juga akan melawat Tash Khouvli Palace (Rumah Batu) yang dibina pada tahun 1832-1841 yang padat dengan ukiran seramik biru. Masa bebas diberikan untuk membeli-belah anyaman dan pakaian di jalan utama Old Wall Khiva sebelum bermalam di Khiva.

  3. Hari 3

    Khiva - Bukhara (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Rombongan bertolak ke bandar Bukhara. Di pertengahan perjalanan, peserta berpeluang merentasi Gurun Kizilkum (Kizilkum Desert) dan menikmati pemandangan alam Sungai Amu Darya. Tiba di destinasi, daftar masuk dan bermalam di Bukhara.

  4. Hari 4

    Lawatan di Bukhara (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Mengunjungi kota pertahanan abad ke-4, Ark of Bukhara, yang dibina oleh Putera Parsi Siyavusha. Lawatan ke tapak bersejarah diteruskan dengan menziarahi makam diraja Samanid Mausoleum (kurun ke-10), Chashma Nabi Ayub (abad ke-12), dan keindahan Bolo Haouz Mosque (1712). Peserta juga akan meneroka Lyabi-Khauz Ensemble dan Poi Kalan Complex, iaitu dataran ikonik yang menempatkan Kalan Mosque, Kalan Minaret, dan Miri Arab Madrasah. Selepas masa bebas membeli-belah di Old Town Bukhara, peserta bermalam di Bukhara.

  5. Hari 5

    Bukhara - Gijduvan - Samarkand (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Bertolak ke Gijduvan untuk melawat Bahoutdin Architectural Complex, tempat ziarah yang dibina untuk memperingati tokoh sufi ke-7, Bahouddin Naqshband. Seterusnya, lawatan ke Gijduvan School of Ceramics untuk menyaksikan penghasilan seramik geometri berwarna hijau dan biru. Perjalanan diteruskan ke Samarkand untuk bermalam.

  6. Hari 6

    Samarkand - Tashkent (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Peserta melawat Registan Square yang menempatkan Ulugh Beg Madrasah, Sher-Dor Madrasah, Tilya-Kori Madrasah, dan Mausoleum of Shaybanids. Destinasi berikutnya ialah Shah-i-Zinda Ensemble yang mempunyai makam keluarga Dinasti Timurid dan makam saudara Rasulullah SAW (Kusam ibn Abbas), serta Bibi-Khanym Mosque yang merupakan antara masjid tercantik di dunia. Masa bebas membeli-belah diberikan di Siab Bazaar. Selepas menziarahi Amir Temur Mausoleum (Gur-e-Amir) dan Kompleks Imam Bukhari, rombongan menaiki kereta api ke Tashkent. Di sana, melawat taman hiburan Tashkent Magic City dan bermalam di Tashkent.

  7. Hari 7

    Tashkent - Chimgan Mountains (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Perjalanan dimulakan dengan menikmati pemandangan pergunungan bertasik yang indah di Chimgan Mountains. Peserta akan merasai pengalaman menaiki kereta kabel ke Beldersay Peak setinggi 3,309 meter dan bergambar di sekitar Tasik Charvak. Kembali ke bandar, bersiar-siar di Independence Square yang mempunyai monumen kemerdekaan Uzbekistan. Rombongan menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

  8. Hari 8

    Tiba di Kuala Lumpur

    Pesawat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Harga seorang

JenisHarga
Dewasa Twin2 dewasa sebilikRM 7,190
Dewasa Triple3 dewasa sebilikRM 7,190
Single1 dewasa, bilik sendiriRM 8,090
Kanak-kanak TwinSebilik dengan 1 dewasaRM 7,190
Kanak-kanak dengan katilKatil tambahan, sebilik dengan 2 dewasaRM 6,830
Kanak-kanak tanpa katilTiada katil sendiri, sebilik dengan 2 dewasaRM 6,471

Harga termasuk tiket penerbangan. Oleh kerana tambang penerbangan sentiasa berubah, ini ialah harga permulaan — kami akan mengesahkan harga akhir apabila anda menghubungi kami.

Borang Tempahan

Isi borang ini untuk menempah tempat. Tiada bayaran dikenakan sehingga tempahan anda disahkan oleh pasukan kami.

Bilangan peserta

Pilih bilangan orang untuk setiap jenis harga.

  • Dewasa Twin

    RM 7,190 seorang · 2 dewasa sebilik

  • Dewasa Triple

    RM 7,190 seorang · 3 dewasa sebilik

  • Single

    RM 8,090 seorang · 1 dewasa, bilik sendiri

  • Kanak-kanak Twin

    RM 7,190 seorang · Sebilik dengan 1 dewasa

  • Kanak-kanak dengan katil

    RM 6,830 seorang · Katil tambahan, sebilik dengan 2 dewasa

  • Kanak-kanak tanpa katil

    RM 6,471 seorang · Tiada katil sendiri, sebilik dengan 2 dewasa

Tiada bayaran dikenakan sehingga tempahan disahkan.

WhatsApp