Langkau ke kandungan
Moghul Travel & Tours Sdn Bhd
11H 9M - 3 TAN: Uzbekistan + Kyrgyzstan + Kazakhstan — gambar 1 daripada 9

1 / 9

Luar Negara

11H 9M - 3 TAN: Uzbekistan + Kyrgyzstan + Kazakhstan

  • 11 hari, 9 malam
  • Bilik twin, triple atau single
  • Pakej berlesen MOTAC

Tentang pakej ini

Pakej percutian 11 Hari 9 Malam ini menawarkan eksplorasi menyeluruh ke tiga buah negara di Asia Tengah iaitu Kazakhstan, Kyrgyzstan, dan Uzbekistan. Pengembaraan bermula dari pemandangan pergunungan Tian Shan yang menakjubkan di Kazakhstan, merentasi alam semula jadi dan budaya nomad di Kyrgyzstan, sehinggalah menjejaki keagungan sejarah Laluan Sutera dan seni bina Islam purba di kota-kota utama Uzbekistan seperti Bukhara, Samarkand, dan Tashkent.

Tarikan utama

  • Shymbulak Ski Resort
  • Charyn Canyon
  • Ala Archa National Park
  • Kompleks Imam Al-Bukhari
  • Registan Square

Termasuk dalam pakej

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi antarabangsa termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan
  • Tiket penerbangan domestik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan
  • Tiket perkhidmatan kereta api (Tashkent - Bukhara / Samarkand - Tashkent)
  • Pas menaiki kereta kabel (cable car) di Chimgan Mountains dan Shymbulak Ski Resort
  • Penginapan hotel bertaraf 3 bintang termasuk cukai bandar (city taxes)
  • Sarapan pagi, makan tengah hari, dan makan malam di sepanjang lawatan mengikut atur cara
  • Tiket masuk ke tempat lawatan seperti yang dinyatakan dalam atur cara
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong (tour guide) profesional yang terlatih
  • Bayaran tip untuk pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.

Tidak termasuk

  • Insurans perjalanan (Travel Insurance)
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, musim puncak, dan cuti sekolah
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, bar mini, dobi, dan porter
  • Makanan dan minuman, serta tiket masuk ke tempat lawatan selain daripada yang dinyatakan
  • Bayaran tambahan untuk lebihan had bagasi penerbangan
  • Perkara-perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam atur cara program dan pakej termasuk

Itinerari

  1. Hari 1

    Kuala Lumpur - Tashkent - Almaty

    Peserta berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk penerbangan ke Almaty, Kazakhstan (melalui transit di Tashkent, Uzbekistan), sebelum bermalam di Almaty.

  2. Hari 2

    Almaty - Shymbulak - Almaty (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Bergerak ke Medeu Gorge yang menempatkan Medeu Skating Rink, gelanggang luncur ais tertinggi di dunia. Seterusnya, menaiki kereta kabel ke Shymbulak Mountain (2,260 meter dari paras laut) untuk menikmati panorama Tian Shan Mountains. Lawatan sekitar bandar Almaty meliputi Republic Square, Independence Monument, Panfilov Park yang bersejarah, Memorial of Glory, dan gereja kayu berwarna-warni, Zenkov Cathedral, sebelum bermalam di Almaty.

  3. Hari 3

    Almaty - Charyn Canyon - Kolsay Lake - Almaty (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Lawatan alam semula jadi ke Charyn Canyon yang terkenal dengan formasi batu tebing yang unik. Kemudian, melawat Kolsay Lake, sebuah tasik gunung berair jernih yang dikelilingi hutan dan banjaran Tian Shan. Kembali ke Almaty untuk bermalam.

  4. Hari 4

    Almaty - Bishkek (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Bertolak menyeberangi sempadan "Kegen" menuju ke Bishkek, Kyrgyzstan. Lawatan di Bishkek merangkumi Ala-Too Square (dataran utama menempatkan Rumah Putih dan Muzium Sejarah Negeri), State History Museum, Victory Square (memperingati tamatnya Perang Dunia Kedua), serta meninjau pasar tradisional Osh Bazaar. Bermalam di Bishkek.

  5. Hari 5

    Bishkek - Ala Archa National Park - Chon Kemin (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Menerokai landskap pergunungan dan sungai ais yang dramatik di Ala Archa National Park. Perjalanan diteruskan ke Chon Kemin Valley, sebuah lembah mendamaikan yang dikelilingi perkampungan tradisional Kyrgyz, dan bermalam di Chon Kemin.

  6. Hari 6

    Chon Kemin - Tashkent (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam

    Peserta berpeluang melakukan aktiviti tambahan seperti menunggang kuda untuk menghayati gaya hidup nomad Kyrgyz secara asli. Seterusnya, bertolak ke Tashkent menaiki penerbangan domestik dan bermalam di Tashkent.

  7. Hari 7

    Tashkent - Bukhara (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Menaiki kereta api menuju ke Bukhara. Tiba di Bukhara, lawatan dimulakan di Ark of Bukhara, kota pertahanan abad ke-4 binaan Putera Parsi Siyavusha. Seterusnya meneroka Lyabi-Khauz Ensemble, makam bersejarah Ismail Samani Mausoleum dengan seni bina bata yang halus (abad ke-10), dan Bolo-Khauz Complex yang menampilkan tiang kayu berukir indah. Bermalam di Bukhara.

  8. Hari 8

    Bukhara - Gijduvan - Samarkand (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Bergerak ke Gijduvan untuk melihat pembuatan seramik geometri hijau dan biru di Gijduvan School of Ceramics. Kemudian, menaiki bas ke Samarkand untuk melawat Kompleks Imam al-Bukhari dan makam diraja Mausoleum of Gur-e Amir yang menempatkan persemadian Amir Timur di bawah kubah birunya yang menawan. Bermalam di Samarkand

  9. Hari 9

    Samarkand - Tashkent (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Mengagumi keagungan Registan Square dengan tiga bangunan madrasah agung dan meneroka kompleks makam Shah-i-Zinda Ensemble yang turut menempatkan makam Kusam ibn Abbas. Masa bebas membeli-belah di Siab Bazaar sebelum menaiki kereta api kembali ke Tashkent. Di Tashkent, melawat taman hiburan bertema Tashkent Magic City dan bermalam di Tashkent.

  10. Hari 10

    Tashkent - Chimgan Mountains - Kuala Lumpur (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Menikmati keindahan pergunungan bertasik di Chimgan Mountains dan menaiki kereta kabel ke Beldersay Peak (3,309m) berserta peluang bergambar di Tasik Charvak. Kembali ke pusat bandar Tashkent untuk melawat Independence Square (menempatkan Independence Monument dan Happy Mother Monument). Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada waktu malam

  11. Hari 11

    Kuala Lumpur

    Tiba dengan selamat di lapangan terbang KLIA.

Harga seorang

JenisHarga
Dewasa Twin2 dewasa sebilikRM 11,190
Dewasa Triple3 dewasa sebilikRM 11,190
Single1 dewasa, bilik sendiriRM 12,690
Kanak-kanak TwinSebilik dengan 1 dewasaRM 11,190
Kanak-kanak dengan katilKatil tambahan, sebilik dengan 2 dewasaRM 10,630
Kanak-kanak tanpa katilTiada katil sendiri, sebilik dengan 2 dewasaRM 10,071

Harga termasuk tiket penerbangan. Oleh kerana tambang penerbangan sentiasa berubah, ini ialah harga permulaan — kami akan mengesahkan harga akhir apabila anda menghubungi kami.

Borang Tempahan

Isi borang ini untuk menempah tempat. Tiada bayaran dikenakan sehingga tempahan anda disahkan oleh pasukan kami.

Bilangan peserta

Pilih bilangan orang untuk setiap jenis harga.

  • Dewasa Twin

    RM 11,190 seorang · 2 dewasa sebilik

  • Dewasa Triple

    RM 11,190 seorang · 3 dewasa sebilik

  • Single

    RM 12,690 seorang · 1 dewasa, bilik sendiri

  • Kanak-kanak Twin

    RM 11,190 seorang · Sebilik dengan 1 dewasa

  • Kanak-kanak dengan katil

    RM 10,630 seorang · Katil tambahan, sebilik dengan 2 dewasa

  • Kanak-kanak tanpa katil

    RM 10,071 seorang · Tiada katil sendiri, sebilik dengan 2 dewasa

Tiada bayaran dikenakan sehingga tempahan disahkan.

WhatsApp